Sunday, 27 November 2011

uNtukmU..~~wAhai inSan^^


Aku sayang kamu dengan caraku tersendiri. Jika mereka memilih untuk kerap bertemu, aku memilih untuk tidak bertemu. Jika mereka memilih untuk kerap berhubungan, aku memilih untuk tidak berhubungan. Jika mereka memilih untuk selalu saling mengingati, aku memilih untuk tidak mengingatimu. Jika memilih untuk saling merindu, aku memilih untuk tidak merinduimu… Kerana apa pilihanku berbeza dengan merek......a??? 


Kerana engkau belum tentu menjadi milikku. Aku lebih senang bertemu Pelindungku, aku lebih suka berhubungan dengan Kekasihku dengan berdoa, aku lebih suka mengingati Dia yang sering mengingati ku, aku sayang kamu tapi aku lebih sayang Dia…  
 Terima kasih kerana memahami caraku. moga Allah redha dengan caraku ini :) ♥ 


Insya-Allah'''sesungguhnya Allah maha mngerti apa yang aku lakukan..dan semua nya akan ditentukan oleh _Nya..   <3
Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan untukku mencintaimu.

...
Ya muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
izinkan aku menyentuh hati,
seseorang yang hatinya bertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang,
yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALLAH,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepada-Mu
AMIN...............