Wednesday, 30 April 2014

^_^


@_@

⋱ ⋮ ⋰
⋯ ⋯                      ^v^
          ⋰ ⋮ ⋱    

                   ^v^

    ^v^          ☁☁☁       ^v^
                          
         ( (                 \\
        ) )               // 
  ^v^     ( (               // //
    __|¯¯|________         \\\\
   ╱_______________╲         ////
  |_________/\________|         \\ \\ 
    ╱________/ ▒ \_______ ╲         ////
         |_________/▒▒▒\________ |         \ . /
      ╱________/▒▥▥▥▒\_______╲           |.|
            ▌══════▒.II≡≡II.▒══════ ▌         |.|
▌--▒▒:▓:▓:▒║██:║▒:▓:▓:▒▒- ▌      |.|
▌--▒▒:▓:▓:▒║██:║▒:▓:▓:▒▒- ▌      |.|
                        ▌--▒▒:▓:▓:▒║██:║▒:▓:▓:▒▒╠╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬ —


Hati gadis mana yang tidak CAIR apabila mendengar seorang Lelaki membaca Al-Quran dengan merdu mendayu-dayu, lagi-lagi yang membacanya BAKAL SUAMINYA sendiri. tak gitu.

^_^ Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doamu, Mungkin kamu akan dibersamakan dengan orang yang diam-diam sering menyebut namamu dalam doanya.


^_^ Bila bercinta sebelum nikah,maka HILANGLAH kemanisan cinta selepas Nikah.


^_^ DO'A adalah bahasa RINDU dan CINTA yang paling cepat sampai ke hati tanpa perlu didengar atau dibaca 


Allahuakbar.. ~~






Iman


Biar luntur warna Pakaian, Jangan luntur warna IMAN.. 




Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Perbaharuilah iman kamu".


Para sahabat bertanya :
"Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?"



Baginda bersabda :
"Perbanyakkanlah mengucap kalimah 'LA ILAHA ILLALLAH' "


MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??

Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?



Oleh itu mari kita sama-sama menutup aurat. 


 Perkongsian Ilmu



 Sebuah Kisah BADAR KUBRA 

Kesetiaan Saidina Abu Bakar, Saidina Omar dan Miqdad Al-Aswad disambut oleh Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah S.A.W

“Kami telah beriman kepada Anda. Kami telah membenarkan Anda. Andaikan Anda bersama kami terhalang lautan lalu Anda terjun ke dalam lautan itu, kami pun ak
an terjun bersama Anda.”

Sa’ad r.a juga mengatakan :
“Boleh jadi Anda bimbang, jangan-jangan kaum Ansar tidak mahu menolong Anda kecuali di perkampungan mereka (Madinah). Sesungguhnya aku berbicara dan memberi jawapan atas nama orang-orang ansar. Maka dari itu, majulah seperti yang Anda kehendaki….”

Kata-kata yang dilafazkan oleh seorang sahabat Rasulullah S.A.W ini menaikkan semangat para sahabat untuk bertempur di medan Badar. Strategi perang yang dicaturkan oleh Rasulullah S.A.W di patuhi oleh para sahabat, berkat doa Rasulullah S.A.W di malam syahdu 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah melihatkan Allah S.W.T menurunkan bantuan tentera di kalangan malaikat bagi membantu Rasulullah S.A.W bersama 313 orang tentera Islam bagi memerangi 1000 orang tentera kafir Quraisy.

Ketaqwaan kepada Allah S.W.T meresap ke dalam jiwa parajurit. Tentera Islam senantiasa menyebut :
“Ahad(Esa)! Ahad(Esa)! Ahad(Esa)!

Sambil menghayun pedang ke arah tentera kuffar yang ramai. Seorang demi seorang syahid di jalan Allah, namun Rasulullah S.A.W terus memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang bermaksud:

“Demi Allah, tidaklah seseorang memerangi mereka pada hari ini, kemudian dia terbunuh dengan sabar dan mengharap pahala serta terus maju dan pantang mundur, melainkan pasti Allah akan memasukkannya ke dalam surga.”

Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya dan terus menerus kehadapan musuh dan mengakhiri dengan kemenangan yang dicapai.

Sahabat


Persahabatan.






Erti sebuah persahabatan bukanlah diukur dengan kerapnya perjumpaan dan banyaknya duit yang dibelanjakan, tetapi hakikat persahabatan itu bilamana wujudnya budaya tanasuh(saling memberi nasihat) kearah iman dan taqwa.

Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenai 7 golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah s.w.t, antaranya :

"...وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ...."

Maksudnya :
"DUA lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya."



Zikir



:: ZIKIR ::


.☆. Apabila tidur dalam keadaan ZIKIR, Roh kita akan turut berzikir. Dan apabila kita bangun daripada tidur, perkara pertama yang kita akan ingat adalah "LAILAHAILLALLAH" ♡~