Monday, 28 November 2011

wArkah bUat..~~**mU_^^



Warkah buat .... ...

Bukan tak sudi berborak dan berjenaka, tapi segan kerana dirimu tidak sama seperti insan lain

Bukan tak mahu SMS bertanya khabar, tapi gusar andai melarat hingga mudarat yang bisa merosakkan dirimu 
...

Bukan tak risaukan dirimu, tapi risau andai asyik memikirkan dirimu hingga lupa memikirkan dosa yang makin bertambah

Bukan tak perhatikan dirimu, tapi takut andai leka hingga lupa perkara lagi utama yang seorang lelaki patut perhatikan

Bukan tak bimbangkan dirimu, tapi bimbang andai hatimu terusik kerana fitrah manusiawi seorang hawa


Bukan tak kasihkan dirimu, tapi kerana kasih jua diri korbankan segala perasaan hingga ke hari ini

Bukan tak sayangkan dirimu, tapi lebih bermakna andai perasaan ini terjaga hingga ke Syurga, kerana itu lebih utama

Kerana...
Dirimu amat berharga... ♥