Perkongsian Ilmu
Sebuah Kisah BADAR KUBRA
Kesetiaan Saidina Abu Bakar, Saidina Omar dan Miqdad Al-Aswad disambut oleh Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah S.A.W
“Kami telah beriman kepada Anda. Kami telah membenarkan Anda. Andaikan Anda bersama kami terhalang lautan lalu Anda terjun ke dalam lautan itu, kami pun akan terjun bersama Anda.”
Sa’ad r.a juga mengatakan :
“Boleh jadi Anda bimbang, jangan-jangan kaum Ansar tidak mahu menolong Anda kecuali di perkampungan mereka (Madinah). Sesungguhnya aku berbicara dan memberi jawapan atas nama orang-orang ansar. Maka dari itu, majulah seperti yang Anda kehendaki….”
Kata-kata yang dilafazkan oleh seorang sahabat Rasulullah S.A.W ini menaikkan semangat para sahabat untuk bertempur di medan Badar. Strategi perang yang dicaturkan oleh Rasulullah S.A.W di patuhi oleh para sahabat, berkat doa Rasulullah S.A.W di malam syahdu 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah melihatkan Allah S.W.T menurunkan bantuan tentera di kalangan malaikat bagi membantu Rasulullah S.A.W bersama 313 orang tentera Islam bagi memerangi 1000 orang tentera kafir Quraisy.
Ketaqwaan kepada Allah S.W.T meresap ke dalam jiwa parajurit. Tentera Islam senantiasa menyebut :
“Ahad(Esa)! Ahad(Esa)! Ahad(Esa)!
Sambil menghayun pedang ke arah tentera kuffar yang ramai. Seorang demi seorang syahid di jalan Allah, namun Rasulullah S.A.W terus memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang bermaksud:
“Demi Allah, tidaklah seseorang memerangi mereka pada hari ini, kemudian dia terbunuh dengan sabar dan mengharap pahala serta terus maju dan pantang mundur, melainkan pasti Allah akan memasukkannya ke dalam surga.”
Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya dan terus menerus kehadapan musuh dan mengakhiri dengan kemenangan yang dicapai.
.jpg)
No comments:
Post a Comment
Thank You